Wabak Selesema Babi

Tiba-tiba dunia dikejutkan dengan meletusnya wabak selesema babi yang mulanya tercetus di Mexico dan Amerika Syarikat, dan seterusnya mula menular ke New Zealand. Sehubungan dengan itu juga Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan bagi memantau situasi wabak Swine Flu ini. Untuk maklumat lebih mengenai wabak ini, sila layari halaman ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 (menggabungkan genetik babi, burung dan manusia) berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.
Gejala dan tanda jangkitan virus H1N1 ini adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi.
Bersama-samalah kita berdoa semoga Malaysia tidak turut sama menerima tempias, dan dijauhkan dari wabak selesema babi ini.
Projek Kartun
Saya mula berjinak-jinak melukis kartun ni sejak sekolah menengah lagi. Lepas tamat SPM saya pernah juga hantar kartun kat majalah kartun tapi kena reject daaaa…. Lepas diterima masuk politeknik, saya dah mula berhenti melukis secara aktif cuma conteng-conteng jer kat atas nota masa pensyarah mengajar kat depan..
Tapi dengan perkembangan teknologi internet ni, saya bersemangat semula nak melukis kartun walaupun otak dah agak berkarat dah nak cari idea. Sebabnya, saya boleh publish sendiri kartun saya diinternet tanpa perlu lagi tapisan. Dengan kata lain tiada lagi istilah reject. Huyyooo..
Jadi dengan itu, Isnin aritu dengan pantasnya agar tak diambil orang, saya telah membeli domain dancartoons.com untuk menjayakan projek kartun ini. Buat masa ni saya akan letakkan lakaran-lakaran gambar kartun ajer di Dan’s Cartoon Sketch Blog.
Sekian. Harap maklum.
Chong Wei vs Lin Dan
Semalam saya menonton perlawanan akhir Kejohanan Badminton Seluruh England antara jaguh badminton negara, Lee Chong Wei dengan jaguh dari China, Lin Dan. Nampaknya, pemain nombor satu dunia ketika ini, Lee Chong Wei, terus gagal menamatkan badi kekalahan kepada Lin Dan selepas tewas straight set 21-19, 21-12.
Saya hanya menonton perlawanan separuh masa pertama sahaja. Lepas tu dah malas dah tengok sebab rasa cam Lee Chong Wei nak kalah jer. Dan, ramalanku benar belaka…
Update Terpaksa…
Hahahaha… Dah lama tak update blog ni. Rasa nak update pulak hari ni. Almaklumlah, kalau lama sangat tak buat sebarang post terkini, nanti pakcik Google jauh hati pulak kat blog ni. Kalau selalu update baru dia sayang selalu…
Bila saya melihat statistik trafik pelawat ke blog ni sejak akhir-akhir ini, terdapat pengunjung yang datang melalui carian hari wanita dan sambutan hari wanita. Mungkin kerana pada tahun lepas saya ada buat satu post pendek ucapan untuk sambutan hari wanita.
Apapun, welcome to my blog yang ntah apa-apa ntah ni…
Selamat Datang 2009
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga online dan membuat post pertama untuk tahun 2009 ini, setelah 2 minggu terputus hubungan dengan dunia internet akibat kecurian kabel telefon di kawasan ini.
Harap-harap segala perancangan saya pada tahun ini akan terlaksana dengan jayanya.


