Dan’s Cartoon Pictures

Dan Cartoon Pictures Weblog Edition
e-book percuma

Archive for May, 2007


Upgrade ke WordPress 2.2 Getz

WordPress 2.2 Getz!

Weblog danbytes.com telah selamat dinaiktarafkan… :P ke versi terkini WordPress 2.2 Getz. Dah makin kerap team developer WordPress.org mengeluarkan versi-versi baru sejak akhir-akhir ni, khususnya sejak versi WP 2.1 Ella.

Versi Getz ini, yang diambil bersempena dengan nama seorang ‘tenor saxophonist‘ iaitu Stan Getz, mempunyai beberapa fungsi baru khususnya integrasi dengan fungsi Widgets secara default dalam ‘core code’ tak seperti sebelum ni memerlukan plugin, dan versi ini juga telah memperbaiki lebih dari 200 pepijat (bug).

Secara ringkasnya, antara fungsi-fungsi baru yang diterapkan dalam versi Getz ni:

  1. WordPress Widgets secara default tanpa perlu plugin tetapi memerlukan theme yang menyokong fungsi ini. Terdapat di bahagian menu “Presentation”.

WinTricks: Koleksi Rujukan Pengguna Windows

WinTricks

Anda tercari-cari sumber rujukan berkaitan dengan sistem operasi dan PC, khususnya Windows? WinTricks mungkin akan menjadi rujukan terbaik untuk anda. Wintriks ini telah dibangunkan oleh WinTips Inc.

WinTricks mengandungi pelbagai topik merangkumi pelbagai variasi Windows sama ada Win95, Win98, WinNT4, WinME, Win2000 WinXP atau Win2003, di samping pelbagai koleksi tips dan tricks berkaitan dengan Desktop, Registry, Internet, Security dan lain-lain lagi topik berhubungkait dengan PC dan internet.

Aplikasi ini perlu dimuat turun (download) dari laman web pembangunnya di Wintips-Inc.com dan dipasang (install) ke dalam PC anda sebelum boleh digunakan dan anda tidak perlu online semasa menggunakannya. Jadi anda boleh merujuk pada bila-bila masa sahaja apabila mempunyai kelapangan atau semasa diperlukan. Mudah bukan…. ;)

Cikgu: Pendidikan Melalui Blog

Cikgu & Blog!

Sebelum ini saya ada blogging tentang Hari Guru dan hasilnya saya berjaya mendapat trafik percuma dari enjin pencari khususnya Yahoo! untuk keyphrases Hari Guru dan variasinya… :D

Disebabkan itu, saya ingin menambah sedikit mengenai topik ini dan ianya ditujukan khusus kepada warga pendidik. Ok… pada pendapat saya, golongan cikgu atau guru perlu memanfaatkan teknologi blogging ini untuk bidang pendidikan kerana di era siber ini, para pelajar sudah banyak terdedah dengan teknologi internet termasuk juga dengan aktiviti penyalahgunaan internet.

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru!

Bersempena dengan sambutan Hari Guru pada hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua bekas guru saya semasa di SMKTG dulu (1991-1995) dan juga kepada semua guru-guru atau cikgu-cikgu di seluruh Malaysia sama ada yang masih berkhidmat ataupun yang sudah bersara.

Jasa dan pengorbanan anda semua mendidik anak bangsa tidak ternilai harganya. Teruskan perjuangan murni ini demi agama, bangsa dan negara. Kepada kawan baik saya, cikgu Hakimi yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada cuti pertengahan nanti, selamat menempuh alam perkahwinan…. :D

Perpindahan Server Hosting

Semalam, saya baru sahaja berpindah ke server hosting yang baru dengan space dan bandwidth yang beberapa kali ganda lebih besar dari sebelum ini… :D Perpindahan ini bukan disebabkan saya menghadapi masalah dengan servis pembekal hosting sedia ada, tetapi untuk mendapatkan pakej hosting yang lebih besar dari segi web space dan bandwidth untuk melaksanakan projek-projek akan datang dengan kadar harga yang mampu. :)>-

Spesifikasi hosting yang saya gunakan sekarang ni:

  • 3 GB webspace
  • 50 GB monthly bandwidth

Harga pakej hanya RM80.00 setahun… :D

Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej hosting seperti ini, sila dapatkan di sini yer… ;) Jika tidak anda hanya akan mendapat pakej biasa jer…