Dan’s Cartoon Pictures

Dan Cartoon Pictures Weblog Edition
e-book percuma

Archive for June, 2007


Cari Duit SEO Contest Hari 21

Cabaran Cari Duit SEO Contest telah masuk hari ke 21 hari ini. Hanya tinggal 9 hari sahaja lagi untuk tamat. Nampaknya, cabaran dari weblog ini agak kurang memberansangkan dalam beberapa hari yang lepas. Tiba-tiba jer ranking weblog ini untuk carian cari duit hilang terus dari pandangan mataku tanpa dapat dikesan. Oh! Tidakkkkk!!!….

Rentetan dari itu, semua perubahan yang dibuat ke atas weblog ini tidak dikemaskini oleh Google, walaupun beberapa cara telah digunakan seperti submit sitemap ke Google yang sebelum ini memang terbukti berkesan. Sebaliknya, data dari blog asal pula iaitu sebelum pemindahan weblog ini dari domain utama yang dipaparkan di result page, sedangkan sebelum ini ianya menunjukkan berubah seperti yang diinginkan dan telah mula mendapat ranking bagi carian cari duit walaupun hanya di kedudukan yang jauh terbelakang ler. :P

Dagon Design Sitemap Generator

Saya telah mengaktifkan fungsi sitemap atau peta laman di blog ni agar para pengunjung tidak tersesat semasa melungsuri blog ini dan dapat memandu arah spider enjin pencari ke landasan yang lebih lancar. :P Almaklumlah kandungan blog ini dijangka akan ditambah dari masa ke semasa. :D

Untuk fungsi sitemap ini saya telah memilih untuk menggunakan plugin Dagon Design Sitemap Generator dari DagonDesign.com.

Di sini saya berikan sedikit panduan untuk memasang plugin ini:

  1. Download dd-sitemap-gen.zip dan unzipkan ke dalam PC anda.
  2. Upload folder “dd-sitemap-gen” (bukan hanya file di dalamnya sahaja) ke dalam direktori plugins (wp-content/plugins) di server hosting anda.

Gadis Melayu Bertudung

Gadis Melayu Bertudung!

Sebelum ini, di blog yang lama, saya ada membuat post Gadis Melayu Bertudung sebagai satu kajian untuk SEO. Dalam post tu, saya hanya memasukkan gambar kartun jer bukan gambar ‘real’ pun dan ianya telah mendapat ranking yang baik dalam enjin pencari dan laman web tertentu. Itupun mengambil masa yang agak lama untuk mendapat ranking yang baik bagi keyword “Gadis Melayu“. :D

Disebabkan pengstrukturan semula blog ni, semua post di blog lama telah dibuang. Tetapi disebabkan post Gadis Melayu Bertudung tersebut telah membawa trafik yang agak konsisten ke blog ini sehingga kini, jadi saya tulis semula post ni dengan versi yang lain dan membuat redirect URL lama ke URL yang baru ini. :D

Cari Duit Dengan Blog

Blog merupakan satu media komunikasi yang begitu berkuasa dan mampu untuk membantu memudahkan anda untuk membuat atau cari duit secara online di internet. Disebabkan ke’power’annya inilah, kini, blog khususnya yang dijana menggunakan WordPress telah menjadi pilihan utama kepada ramai marketer di seluruh dunia untuk digunakan sebagai medium pemasaran dan komunikasi dengan prospek dan pelanggan mereka.

Mengapa? Kerana blog begitu mudah untuk dikendalikan walaupun anda tidak mempunyai pengetahuan teknikal yang tinggi. Tau cukup-cukup makan dah ler :P Tak perlu pening-pening kepala mempelajari semua aspek teknikalnya.

Cari Duit: SEO Challange

Cari Duit SEO Challange!

Wang Cyber telah menganjurkan satu lagi SEO Challange yang ditaja oleh En. Aku. Untuk kali ini keyword yang dipertandingkan adalah “cari duit” yang sinonim untuk golongan yang ingin mencari duit tambahan atau menjana pendapatan secara online.

Hadiah yang ditawarkan pada kali ini agak lumayan, iaitu:

Tempat Pertama - RM100
Tempat Kedua - RM50
Tempat Ketiga - RM30
Tempat Keempat - RM10
Tempat Kelima - RM10

Kumpulan Terbaik - Ebook “Panduan Maybank2u.com Online Stocks” setiap seorang.

# Pertandingan adalah secara individu dan pertandingan berkumpulan adalah pilihan sahaja.

Syarat-syarat penyertaan :