Dimanakah Hilangnya Adik Sharlinie?
Semasa menonton berita petang tadi, saya terdengar satu berita tentang kehilangan seorang budak perempuan berusia 5 tahun yang bernama Sharlinie, yang dilaporkan hilang tidak jauh dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya pagi semalam.
Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai berita ini, saya kemudiannya melayari akhbar Utusan Malaysia Online.
Menurut berita di akhbar tersebut, pihak polis telah melancarkan satu gerakan besar-besaran untuk memburu penjenayah yang menculik adik Sharlinie. Kes ini berlaku hanya sehari selepas kehilangan adik Nur Fatiha Zaidi, 6 tahun, yang dilaporkan diculik seorang lelaki ketika sedang bermain sendirian pada pukul 5 petang di pekarangan sebuah flat Desa Sepakat Sri Manja, Kampung Medan, kira-kira dua kilometer dari lokasi adik Sharlinie diculik.
Bagaimanapun, adik Nur Fatiha telah ditinggalkan penjenayah berkenaan di Wangsa Maju kira-kira tiga jam kemudiannya.
Sumber : Sharlinie: Polis tubuh pasukan khas Bukit Aman, Selangor.
Semoga pihak polis dapat segera menemui adik Sharlinie dalam keadaan yang selamat dan semoga kisah pilu yang menimpa adik Nurin Jazlin tahun lepas tidak berulang kembali.
Apaler nak jadi dengan Malaysiaku kini. Kes jenayah dah makin menjadi-jadi.
Related posts:
- Operasi Mencari Sharlinie Sebelum ini saya ada membuat post tentang kes culik adik Sharlinie dan nampaknya kes ini...






Hamdan a.k.a. danbytes merupakan seorang pemuda yang berangan-angan nak jadi problogger satu hari nanti.
January 13th, 2008 at 12:49 pm
[...] Dan’s Cartoon Pictures Dan Cartoon Pictures Weblog Edition ← Dimanakah Hilangnya Adik Sharlinie? [...]