Dan’s Cartoon Pictures

Dan Cartoon Pictures Weblog Edition
e-book percuma

Archive for the ‘Google’


Cari Duit SEO Contest Hari 21

Cabaran Cari Duit SEO Contest telah masuk hari ke 21 hari ini. Hanya tinggal 9 hari sahaja lagi untuk tamat. Nampaknya, cabaran dari weblog ini agak kurang memberansangkan dalam beberapa hari yang lepas. Tiba-tiba jer ranking weblog ini untuk carian cari duit hilang terus dari pandangan mataku tanpa dapat dikesan. Oh! Tidakkkkk!!!….

Rentetan dari itu, semua perubahan yang dibuat ke atas weblog ini tidak dikemaskini oleh Google, walaupun beberapa cara telah digunakan seperti submit sitemap ke Google yang sebelum ini memang terbukti berkesan. Sebaliknya, data dari blog asal pula iaitu sebelum pemindahan weblog ini dari domain utama yang dipaparkan di result page, sedangkan sebelum ini ianya menunjukkan berubah seperti yang diinginkan dan telah mula mendapat ranking bagi carian cari duit walaupun hanya di kedudukan yang jauh terbelakang ler. :P

Cari Duit: SEO Challange

Cari Duit SEO Challange!

Wang Cyber telah menganjurkan satu lagi SEO Challange yang ditaja oleh En. Aku. Untuk kali ini keyword yang dipertandingkan adalah “cari duit” yang sinonim untuk golongan yang ingin mencari duit tambahan atau menjana pendapatan secara online.

Hadiah yang ditawarkan pada kali ini agak lumayan, iaitu:

Tempat Pertama - RM100
Tempat Kedua - RM50
Tempat Ketiga - RM30
Tempat Keempat - RM10
Tempat Kelima - RM10

Kumpulan Terbaik - Ebook “Panduan Maybank2u.com Online Stocks” setiap seorang.

# Pertandingan adalah secara individu dan pertandingan berkumpulan adalah pilihan sahaja.

Syarat-syarat penyertaan :

www.danbytes.com Dianugerahkan PR4

Horeyyyy! Melompat lebih tinggi!

Sebelum ini saya ada menulis tentang Google PR Update tetapi pada masa itu kedudukan PR untuk domain ini, www.danbytes.com masih lagi kurang stabil kerana hanya Google Toolbar yang menunjukkan PR4 manakala tool page rank checker yang lain masih lagi menunjukkan PR3.

Tetapi, bila saya periksa sekarang ini, kesemua tool pr checker yang saya gunakan sudah menunjukkan PR4 untuk URL www.danbytes.com.

Antara tool yang saya gunakan untuk memeriksa PR ini:

Nampaknya, Google Page Rank bagi www.danbytes.com pada update kali ini telah meningkat dari PR3 sebelum ini kepada PR4… :)>-

Google PR Update?

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Adakah ketika ini Google PR update sedang berjalan? Sebabnya, saya lihat Google Toolbar menunjukkan www.danbytes.com berkedudukan PR4 ketika ini yang sebelum ini hanya PR3. Tetapi tool page rank checker yang saya gunakan iaitu iwebtool.com masih lagi menunjukkan PR3 sahaja. ??????

Untuk menjawab persoalan di hati ini, saya telah mengunjungi forum digitalpoint (forum pujaan hatiku ;)) untuk mengetahui adakah terdapat perbincangan mengenai isu ini. Ya… seperti kuduga, ;) perbincangan mengenai Google PR update sedang rancak diperbincangkan… :)

Jika anda ingin mengetahui atau menyertai perbincangan ini, sila ke The Pagerank (PR) Thread.