Dan’s Cartoon Pictures

Dan Cartoon Pictures Weblog Edition
e-book percuma

Archive for the ‘Internet’


Free Domain Co.CC

Inginkah anda mendapatkan free domain name yourname.co.cc?

Pihak www.CO.CC menawarkan perkhidmatan domain percuma yourname.co.cc tetapi terdapat juga domain .co.cc tertentu yang saya try tidak boleh didaftarkan secara percuma terutamanya yang mempunyai keyword yang agak bernilai.

Selepas register anda boleh ‘point’kan domain tersebut ke dns web hosting yang anda kehendaki atau redirect sahaja ke web atau blog anda yang lain. Perkhidmatan domain ini berbeza dengan domain forward yang biasa kerana permalink atau URL mengandungi alamat domain anda ini.

Kalau nak tahu cubalah. Saya dah try dan berjaya register danbytes.co.cc secara percuma dan point free domain ni ke salah satu dns hosting saya… :D

WinTricks: Koleksi Rujukan Pengguna Windows

WinTricks

Anda tercari-cari sumber rujukan berkaitan dengan sistem operasi dan PC, khususnya Windows? WinTricks mungkin akan menjadi rujukan terbaik untuk anda. Wintriks ini telah dibangunkan oleh WinTips Inc.

WinTricks mengandungi pelbagai topik merangkumi pelbagai variasi Windows sama ada Win95, Win98, WinNT4, WinME, Win2000 WinXP atau Win2003, di samping pelbagai koleksi tips dan tricks berkaitan dengan Desktop, Registry, Internet, Security dan lain-lain lagi topik berhubungkait dengan PC dan internet.

Aplikasi ini perlu dimuat turun (download) dari laman web pembangunnya di Wintips-Inc.com dan dipasang (install) ke dalam PC anda sebelum boleh digunakan dan anda tidak perlu online semasa menggunakannya. Jadi anda boleh merujuk pada bila-bila masa sahaja apabila mempunyai kelapangan atau semasa diperlukan. Mudah bukan…. ;)