Dan’s Cartoon Pictures

Dan Cartoon Pictures Weblog Edition
e-book percuma

Archive for the ‘Melayu’


Operasi Mencari Sharlinie

gambar Sharlinie

Sebelum ini saya ada membuat post tentang kes culik adik Sharlinie dan nampaknya kes ini mendapat perhatian besar dari pihak media dan masyarakat. Kini operasi mencari adik Sharlinie sedang giat dijalankan.

Bagi melancarkan dan mempercepatkan operasi mencari dan mengesan ini, pihak polis memerlukan bantuan dari orang ramai untuk memberi maklumat yang berkaitan bagi membantu menyelesaikan kes penculikan ini.

Dan seandainya anda mempunyai sebarang maklumat yang berkaitan, laksanakanlah segera tanggungjawab anda.

Anda boleh download foto adik Sharlinie dan memperolehi info terkini mengenai kes penculikan adik Sharlinie di Utusan Malaysia Online.

Dimanakah Hilangnya Adik Sharlinie?

Semasa menonton berita petang tadi, saya terdengar satu berita tentang kehilangan seorang budak perempuan berusia 5 tahun yang bernama , yang dilaporkan hilang tidak jauh dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya pagi semalam.

Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai berita ini, saya kemudiannya melayari akhbar Utusan Malaysia Online.

Menurut berita di akhbar tersebut, pihak polis telah melancarkan satu gerakan besar-besaran untuk memburu penjenayah yang menculik adik Sharlinie. Kes ini berlaku hanya sehari selepas kehilangan adik Nur Fatiha Zaidi, 6 tahun, yang dilaporkan diculik seorang lelaki ketika sedang bermain sendirian pada pukul 5 petang di pekarangan sebuah flat Desa Sepakat Sri Manja, Kampung Medan, kira-kira dua kilometer dari lokasi adik Sharlinie diculik.

Salam Maal Hijrah 1429

salam maal hijrah 1429

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga di serata dunia (macam ler blog ni dibaca dari seluruh dunia) :P

Semoga tahun baru ini membawa lambaran baru kepadaku dan korang semua untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.

Amin.

Wassalam