Hari Guru 2008
Semalam dan hari ini, weblog ni tiba-tiba sahaja mendapat trafik yang agak mendadak dari sebelumnya.
Setelah diselidiki, rupa-rupanya trafik ni datangnya dari enjin pencari terutamanya Yahoo! melalui carian Hari Guru dan variasinya seperti selamat hari guru, sambutan hari guru dan sebagainya.
Fenomena ini sebenarnya berpunca dari post Selamat Hari Guru yang telah saya buat pada tahun lepas. Itulah yang bestnya teknik SEO ni… :D
Untuk tahun 2008 pulak saya ada buat post Selamat Hari Guru di blog utama saya di URL:
Untuk pengetahuan korang semua, buat masa dan ketika ini, saya sesungguhnya akan hanya menumpukan kepada blog utama tersebut berbanding dengan weblog peribadi ini dan berkemungkinan juga weblog peribadi ini akan dilupuskan satu hari nanti.
Semuanya berkemungkinan… :D
Apapun terima kasih di atas sokongan dan kunjungan korang semua selama ini.
Sekian, harap maklum.
Yang membebel,
Hamdan a.k.a danbytes
Related posts:
- Selamat Hari Guru Bersempena dengan sambutan Hari Guru pada hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru...






Hamdan a.k.a. danbytes merupakan seorang pemuda yang berangan-angan nak jadi problogger satu hari nanti.