01.10.2008 by danbytes in
Malaysia, Melayu
1 Comment →
Semasa menonton berita petang tadi, saya terdengar satu berita tentang kehilangan seorang budak perempuan berusia 5 tahun yang bernama Sharlinie, yang dilaporkan hilang tidak jauh dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya pagi semalam.
Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai berita ini, saya kemudiannya melayari akhbar Utusan Malaysia Online.
Menurut berita di akhbar tersebut, pihak polis telah melancarkan satu gerakan besar-besaran untuk memburu penjenayah yang menculik adik Sharlinie. Kes ini berlaku hanya sehari selepas kehilangan adik Nur Fatiha Zaidi, 6 tahun, yang dilaporkan diculik seorang lelaki ketika sedang bermain sendirian pada pukul 5 petang di pekarangan sebuah flat Desa Sepakat Sri Manja, Kampung Medan, kira-kira dua kilometer dari lokasi adik Sharlinie diculik.
Tagged with: Utusan Malaysia
01.09.2008 by danbytes in
Blogging, Malaysia, Melayu
No Comments →

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga di serata dunia (macam ler blog ni dibaca dari seluruh dunia) :P
Semoga tahun baru ini membawa lambaran baru kepadaku dan korang semua untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.
Amin.
Wassalam
01.08.2008 by danbytes in
Blogging
No Comments →

Naem diariadsense telah menulis sebuah ebook percuma yang bertajuk “Mari Mengenal Tag & Ping : Ebook Percuma“. Dan buat masa ini, ebook setebal 30 mukasurat ini hanya diberikan spesel kepada 50 orang pengulas terawal sahaja. Oleh sebab saya pun teringin merempit merembat sebutir, jadi dipersembahkan ulasan yang tak seberapa ini untuk tatapan korang semua.
Tapi tak sure pulak ada slot kosong tak lagi sebab kalau tengok jumlah komen dipost tentang ebook ni dah terlalu ramai. Tapi mungkin komen jer bukan ulasan di blog atau web memasing.
Ok, first apa korang tahu tentang teknik tag and ping ni?
Tagged with: Ebook Percuma, Ebooks, SEO
01.07.2008 by danbytes in
Blogging, Malaysia
No Comments →

Nampaknya isu panas video skandal seks Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah mendapat perhatian dan menjadi bahan penulisan para blogger Malaysia buat ketika ni.
Dan ramai juga rasanya yang mendapat tempias dari isu ni dari aspek pertambahan trafik ke blog masing-masing. Dari info yang saya baca terdapat blogger yang berjaya menyedut trafik yang mencanak-canak ke blog mereka sejak beberapa hari ini. \:D/
Walaupun mungkin bukan merupakan trafik sasaran tetapi tidak mustahil trafik ini dapat convert kepada sales. Kalau ebook yang dipromosikan di blog tersebut berkaitan dengan teknik cari duit di internet seperti adsense misalnya, siapa yang taknak duit kan. Mungkin diaorang akan beli. :D
Tagged with: SEO
01.07.2008 by danbytes in
News and Updates
No Comments →

Blog ni sudah bertukar theme. Kini saya menggunapakai themes MyApril Reloaded dari Jauhari.Net.
Saya berkenan dengan theme MyApril ini dan berkeputusan menyuntingnya untuk dijadikan penyeri blog ni sebab design yang simple tapi kemas dan tersusun.
Tetapi, saya akan membuat beberapa modifikasi agar tak sama 100% dengan blog-blog yang turut menggunakan theme ni. :D
Tagged with: Wordpress Themes