Dan’s Cartoon Pictures

Dan Cartoon Pictures Weblog Edition
e-book percuma


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sedar tak sedar dah sebulan umat Islam menyambut bulan Ramadhan. Cepat betul rasanya masa berlalu. InsyaAllah, umat Islam akan menyambut Aidilfitri pada hari esok, Sabtu, 13 Oktober 2007.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada pengunjung blog ini andai ada tersilap kata atau terkasar bahasa semasa menulis di blog ini.

Dan… jangan lupa membayar zakat fitrah. Alhamdulillah, saya dah bayar pagi semalam. Kadar bayaran zakat fitrah bagi negeri Pahang pada tahun ni adalah RM4.80 seorang.

Kepada yang baru nak bertolak balik ke kampung, semoga selamat dalam perjalanan pulang dan kembali nanti. Berhati-hati di jalan raya. :D