Dan’s Cartoon Pictures

Dan Cartoon Pictures Weblog Edition
e-book percuma


Horey!!!! I’m Back

cartoon picture

Alhamdulillah, akhirnya semalam baru dapat online selepas hampir 2 bulan terputus hubungan dengan dunia internet ni…. :D

Ini gara-gara kes curi kabel TM di area ni ler… bila dah pasang jer kena potong lagi.. cam awal tahun lepas gak ler… apa nak jadi ntah.. ni taktau ler lama mana boleh tahan pulak… harap-harap takde dah ler.

Jadi dengan ini saya dengan rendah hatinya minta bebanyak maaf ler sebab blog ni tak ter ‘update’ sekian lamanya.. :P

Sekian, terima kasih….

Operasi Mencari Sharlinie

gambar Sharlinie

Sebelum ini saya ada membuat post tentang kes culik adik Sharlinie dan nampaknya kes ini mendapat perhatian besar dari pihak media dan masyarakat. Kini operasi mencari adik Sharlinie sedang giat dijalankan.

Bagi melancarkan dan mempercepatkan operasi mencari dan mengesan ini, pihak polis memerlukan bantuan dari orang ramai untuk memberi maklumat yang berkaitan bagi membantu menyelesaikan kes penculikan ini.

Dan seandainya anda mempunyai sebarang maklumat yang berkaitan, laksanakanlah segera tanggungjawab anda.

Anda boleh download foto adik Sharlinie dan memperolehi info terkini mengenai kes penculikan adik Sharlinie di Utusan Malaysia Online.