Semasa menonton berita petang tadi, saya terdengar satu berita tentang kehilangan seorang budak perempuan berusia 5 tahun yang bernama Sharlinie, yang dilaporkan hilang tidak jauh dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya pagi semalam.
Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai berita ini, saya kemudiannya melayari akhbar Utusan Malaysia Online.
Menurut berita di akhbar tersebut, pihak polis telah melancarkan satu gerakan besar-besaran untuk memburu penjenayah yang menculik adik Sharlinie. Kes ini berlaku hanya sehari selepas kehilangan adik Nur Fatiha Zaidi, 6 tahun, yang dilaporkan diculik seorang lelaki ketika sedang bermain sendirian pada pukul 5 petang di pekarangan sebuah flat Desa Sepakat Sri Manja, Kampung Medan, kira-kira dua kilometer dari lokasi adik Sharlinie diculik.